Wednesday, April 18, 2012

Sebarang pertanyaan.

Salam,Makcik punya email address Azlynna74@hotmail.com. Barang barang yang dijual disini kena ambil sendiri di rumah makciklah di Desa Sri Hartamas.Terima Kasih kepada yang bertanya..Semoga niat nak menolongnya di beri ganjaran Allah SWT.Tengok puashati then bayar,Inshaallah makcik tak tipu olang punya:).

Tuesday, April 17, 2012

Coach Sling bag and Burberry sunglasses.


Kedua dua barang ini hendaklah dibeli kedua-duanyalah.Dua-dua Original.Rasanya semua orang yang selalu disini pun tahu yang kedua-duanya milik makcik.Coach Slig Bag bersama Burberry sunglasses.Harga dijual RM1000.Duitnya juga akan didermakan..Inshaallah.

Sebarang pertanyaan sila tinggal message di Blog ini.Terima Kasih-Manis.


Jam Tangan Tag Heuer perempuan(Original)


Ladies watch tu makcik punya sendiri.Ingin dijual dengan harga RM2000 sahaja.Inshaallah RM2000 juga untuk derma yang disebut dibawah.

Jam tangan Tag Heuer untuk di jual(Original).


Salamualaikum..Makcik nak jual jam tangan ni rm3000.Jam tangan Tag Heuer harga beli rm4200 pakai tak sampai setahun.rm3000 dan rm500 dari situ akan di dermakan untuk rumah Teduhan Kasih Sg.Buloh tu Inshaallah.

Mengawal marah..

Astagfirullah alazim...Itu je yang boleh aku cakap perangai sengal aku harini.Paginya Alhamdulillah lah breakfast dengan kawan borak sampai tengahari.Then masa untuk ambil Aisha sekolah.

Sampai kat guard kaw.perumahan tu..budak tu tak kasi masuk pulak kat pintu guard yang aku keluar masuk 4 kali sehari..dah nak masuk 2 tahun dah tak pernah sekali kena tahan tak bagi masuk.Akupun macam blur..aku rasa budak guard yang kerja dalam seminggu tu pun blur bila kena maki dengan aku.

Dia memang tak bagi aku masuk..then aku pergi guard house yang lagi satu..dahla dengan jammed depan sek.men.sri hartamas tu aku dah lah lambat..then parked tepi jalan aku masuk thru guard tu..aku tanya dia apa pasal aku tak boleh masuk bla bla..aku marah macam orang gila..yang budak tu menjawap..aku dengan pakai tudung labuh pakai  baju cukup lengkap tapi bercakap macam mulut lubuk'puaka' aku kata.

Aku takdelah menyumpah apa..tapi perkataan sengal tu keluar juga..aku cakap apa pasal aku kena tahan..kalau kereta cermin gelap tak banyak soal bla bla bla..then aku pun ambik Aisha..again aku repeat bila aku lalu balik kat guard house yang tadi tu.Dia cakap guard yang lagi satu tu ingat aku nak pergi sek.menengah(diaorang berwalkie talkie..aku pun membebellah sepanjangnya lagi..Aku cakap bila aku kata aku nak ke sekolah menengah bla bla..aku cakap tak nampak sticker sekolah kat kereta lah apa tu semua..

Then masuk kereta..aku rasa memang macam sengal..macam apalah ke halnya aku naik angin macam tu sekali..dahlah bertudung macam ustazah..bercakap macam pontianak nak kena bakar..pung pang pung pang..

Then aku fikir..kenapalah aku bercakap macam tu dengan budak budak melayu tu..dahla muda lagi..muka pun macam orang susah yelah macam ala-ala duduk rumah panjang..sedih aku..aku pun teringat yang adik-adik pun pernah juga jadi guard..under circumstances..life is toughkan.

Lepas ambik Adam..aku pergi balik tempat guard yang mula-mula tu..aku bagi sikit duit makan..aku cakap..aku minta maaf.Dia pun cakap dia minta maaf..siap menyusun 10 jari..sedih pulak aku.Then aku pergi yang lagi satu dia keluar makan..then bila aku dah selesai selesai buat hal aku..aku pergi balik kat guard yang kedua yang nyata tak bersalah tu..tapi dia kena maki panjang panjang dengan aku sebab dia pun menjawap dia tak tahu akak sorang ni sengal..hehe.

Aku pun bagi dia sikit duit makan..dia memula taknak tapi ada pakcik kira mcm supervisor tu pakcik tu kenal aku agaknya dia pun cerita dengan pakcik tu pakcik tu agaknya cakap aku cari dia so dia pun ok cool.

Kenapa aku buat macamtu.Kalau dulu-dulu aku tak ingatlah kalau aku dah maki orang aku takdelah nak minta maaf lebih lebih aku yang betul..tapi yang ni aku rasa memang tak sedap hati..then aku fikir ni kalau aku tak minta maaf kalau ada rezeki pergi ke tanah suci memang harus aku kena maki kaw kaw ni.Aku takut..takut dengan hukuman Allah SWT.Lepastu bayangkan perasaan diaorang berdua nak bekerja dengan masa yang panjang..atleast bila aku minta maaf tak banyak sikit diaorang gembiralah juga agaknya..harapnya.

Aku cerita ni bukanlah nak menunjuk ..Aku minta dijauhi lah Allah daripada perasaan riaq dia hati..riak adalah syirik kecil yang besar dosanya..tapi hati kita ni pepaham jelah kekdang mempermainkan perasaan kita sendiri kalau kita tidak betul betul mengawalnya.Aku pernah cakapkan..Hijab is not a fashion tetapi ianya an attitude..Aku masih lagi masih baru dan mencuba sedaya upaya nak jadi muslimah yang betul betul berakhlak.Bila aku minta maaf tu aku bawak Adam dan Aisha..atleast aku boleh bagi contoh pada diaorang..diaorang tanya aku cakap.."Mummy need to apologise because mummy being silly before..".Diaorang faham...Inshaallah.

Tulah bila time nak marah..memang tak ingat apa..ceramah ke apa ke..hilang semua..then bila dah buat kerja bodoh macam orang bodoh then baru terfikir..kan ke bagus sebelum aku nak naik hangin tu aku cool down..

Salam Manis.

Sunday, April 15, 2012

Ke OU bersama bebudak.

Assalamualaikumwarahmatullah...Harini ke One Utama.Pada dasarnya memula harini nak bawak Adam Aisha ke Al-Khadeem ada ceramah.Boss pergi main golf.Then mak mertua call sebab lagi 2 minggu diaorang nak datang sini..so nak tanya aku apa-apa yang aku nak dia bawakan..Alhamdulillah baik punya mertuakan..hehe.Mike selalu cakap yang mak dia selalu ingat pada aku..maksudnya selalulah concern apa-apa pasal aku.Sebenarnya semenjak arwah fauzi meninggal aku belum bercakap dengan diaorang lagi..diaorang ada email..cuma aku cakap aku tak berapa lagi nak bercakap..So diaorang fahamlah rasanya.Anyway,memang aku nak order Nescafe Gold black coffee..kat sini mahal yang botol besar tu rm54.Dia Australia AUD14 tapi kalau sale tu AUD8 pun ada pak mertua aku cakap.Also some french onion sachets and coklat moklat kot..even sekarang harga coklat takdelah berapa murah macam dedulu.



So bila dah bercakap tu ..timingnya sudah lari so aku cakap dengan Adam Aisha kita ke OU jelah..lepas breakfast kat Little craving..hantar diaorang ke art class untuk sejam.Punyalah ramai umat remaja kat OU harini sebab penyanyi ke pemain piano Greyson Chance yang ala-ala Justin Bieber tu ada datang sebab nak sign autograf..so bersusunlah bebudak ni..nasib Aisha kecik lagi kalau tak harus juga dia bersusun dia beratur.Yang concourse lagi satu ada fashion showlah pulak..so sesak sarat baratlah juga..tapi takdelah serabut sangat..tapi part yang fashion show tu Aisha ada beria sikit..dia cakap.."I never see a fashion show before bla bla bla.."Then bila model yang kurus ala-ala macam kayu tu..dengan kasut tumit tinggi..Aisha jadi macam.."Oh wah..".Sepesen kan muka diaorang macam emotionless je..yelah takan nak menyengeh pulak ye tak.




So lepas art class belanja diaorang makan ice cream pulak.So rasanya cukuplah kan..tapi diaorang ni memang sentiasa nak kena entertainlah..itu pun dah bagi ice cream apa ke bagai..aku nak masuk Tangs..still jugaklah tak mendiamkan mulut.Apapun OU sekarang takdelah seboring dulu..sudah ada Isetan dan Tangs..so bolehlah cuci cuci mata juga.


So belilah kasut 3 pasang..kasut ni murah je..Vincci kan kasut untuk bebudak..rasanya ni first time kot beli kasut kat Vincci dan aku rasa bolehlah apa..suka kasut yang berwarna warni..then istead kita beli satu kasut yang kononnya tahan lama then kita boleh dapat beberapa pasang kasut yang boleh disesuaikan dengan baju kita...:).


Then balik rumah baru perasan yang kasut aku memang berwarna warni..sebenarnya dari dulupun..ada kuning ada silver sudah dibagi orang sebab tak pakai sangat..dulu suka warna hitam..tapi hitam sungguh membosankan:)...macam emo jekan.

Apa-apa Alhamdulillah dengan kehidupan..sebab yelah bolelah juga beli kasut ke apa..sms boss cakap.."boleh bagi duit I nak shopping.."Then dia reply "ok"..hehe..Yelah kita dah jaga anak-anak diakan..ok apa belanja kita :)...Sesungguhnya aku bersyukur.

Oklah nak pergi dinner sekejap..nanti aku updatelah apa yang patut..(ermmm kenapa harini cakap aku instead of makcik:).

Saturday, April 14, 2012

14/04/2012

Maaf lama sudah tidak update.Budak budak cuti sekolah so makcik balik kampunglah untuk 3,4 hari.Baru delete entry entry lama yang ada gambar-gambar makcik yang entah apa-apa..yang makcik bercakappun macam langsuir pun ada..malu je kan.

Inshaallah..cuba nak perbaiki perangai dan percakapan ni ha..Nak cakap baik-baik sikitlah..sound tu sound jugalah..tapi merapu rapu pula bercakap..Semoga Allah SWT lembutkan akhlak makcik..beri makcik petunjuk dan Hidayah untuk menjadi muslimah yang istiqamah,Ameen.

Nanti makcik sambung lagi...Assalamualaikumwarahmatullah...

Since 5/4/08